Zuhri's FotoPage

By: Zuhri haslina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  >  >>]    [Archive]
Friday, 28-Dec-2007 03:38 Email | Share | | Bookmark
Sup Gear Box...merah????



Buat hari rabu agi...baru nak update kat sini..saja buat resepi yang lain skit..heeeee..mai try sup gear box merah... haaaaaaaa..kalo nak tahu ader ummpphhhh ker tak kena try..k..mai pakat -pakat try..

Bahan-bahannyer:-

Gear Box/Tulang
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar-*sweet onion
1 inch halia
1/4 inch lengkuas
5 tangkai lada kering
6 biji buah tomato-potong 4
buah pelaga
bunga lawang
lada hitam-banyakkan skit lagi sedap.
kulit kayu manis
bunga cengkih-skeett jer
2 biji buah tomato-potong dadu
daun sup & sadri - tabur
bawang merah goreng -tabur
bwang putih goreng - tabur
limau nipis - tuk perah time nak makan.
minyak masak-secukup tun menumis ngan goreng bawang.
air tuk rebus tulang-sukatan nie kita selalu tgk dia tenggelam skit dah ok
2 btg carrrot-*optional

cara buatnyer:

1) Blend cili kering+bawang merah+bawang besar+halia+lengkuas.
2)Tumis bahan blend tadi berserta rempah ratus*buah pelaga+kayu manis+bunga lawang+cengkih.
3) goreng bawang yang nak ditaburkan dulu pas tu balance minyak dalam sesudu besar buat tumis bahan blend tadi k*tuk aroma yang wangi heeeee..petua*
4)Dah sudah masukkan dalam gear box/tulang yang dah dibasuh.+ air biar agak-agak tenggelam gear box/tulang itewwwww
5)didihkan biar empuk..agak nak empuk masukkan buah tomato yang dipotong 4 tadi-biar dia didih jap masukkan plak kentang potong dadu tadi ngan carrot*optional.
6)Biar empuk then baru taburkan ngan bawangan yang digoreng tadi berserta daun sup &sadri.
7)time nak makan perahkan limau nipis sket sesedap rasa*takmopun takper.

sekian dolu..selamat mencuba...

Quote:
Mamafami:..mekaseyyy mama..sporting arr mama nie..
k.tun:..K.tun mekaseh..nanti.zuhri tgk kat bagus dulu..
k.ujen:ntah ler naper jadik cemgitu...agaknyer sebab diblenderkan kot
k.zati:mekaseh sudi tepung tawar umah baru zuhri yang masih lagi banyak yang kena diperbaiki
maklang:jemput masuk..k..tapi menu tak banyak agi...baru belajar
B.p:..singgah ler nak makan ekk..

*tuk semua walau baru agi kenal semua tapi rasa kemesraan dan ukhwah cukup kuat,..sop..sop..semuanyer baik hati...hanya Allah yang mampu balas. ku hanya mampu ucapkan terima kasih tuk semua..


Wednesday, 26-Dec-2007 10:23 Email | Share | | Bookmark
Yesterday...story

kek dalam oven..cantik sgt..nampak.ekkeeeekkkee
hasilnyer...adessshhhhhh..tapi cedap..gak..
Yesterday is a public..holiday...and yeeeeeehhhaaaaaaaaaaaaaaa...cuti.. ..so bila cuti..heee..so ku telah rajinkan diriku tuk buat kek pisang... ..tapi aduhai..nampak cantik di luar upernyer..bantat didalam..ku follow resepi satu persatu..ntah naper..maybe tak sesuai diblenderkan kot bahan-bahan omelku..membuat andaian..tapi naper..yang resepi tu buat macam tu ok jerk..maybe tgnku yang keras nie..heeeee...takper..takper..nanti nak try agi..sementelah pisang ader agi... ..selain tu en.suami nak makan fish & chips..heeee...apalagi..p carik bahan-bahannyer..dan terhasil ler...fish & chips yang tak seberapa..tapi bagiku apabila en.suami duk puji sedap..ianyer mmg hebat...wooowwwwwweeee..angkat bakul sendiri...
Quote:

K.ujen:..ngembang lobang idungku..sifu memuji..tapi sarang semut tu pun dah kena hanyut air bah separuh..
anin:thanks.ye..singgah umah baruku..
k.tun:..heeee ku selalu singgah umahmu..dulu-dulu..bila dah ader umah sendiri baru nyapa..zuhri duk taman bukit subang shah alam.. k.tun kat ner?..kat penang kedainyer nama aper ekk..heeee..ingat kalo member balik nak kim?or ader tak kat bagus...




Wednesday, 26-Dec-2007 09:33 Email | Share | | Bookmark
Qurban.....

 
 
 
View all 10 photos...
Alhamdullilah...niatku tuk akikahkan anak termakbul jua.. ..mmg dah niat qurban tahun nie akan diniatkan sebagai akikah tuk anak lelakiku...yelah kat kampun harga lembu still ok agi..harga satu bahagian lembu yang dibahagikan tujuh bahagian hanyalah Rm260...jerkk..tu pen depends saiz lembu..semua nie kuserahkan pada abahku..mekaseh..abah... *tapi duitnyer kukasi ler..heeeeee..engat aper... .Anakku plak..berani betul ngan excited tgk lembu..baru 8 bulan..hee. ..actually anakku nie active tul...tak larat..ader satu perangai baru bila dah masuk 8 bulan nie..jgn pegang dia time tido..kalo tido confirm marah.. ....dan yang sensasi gambo si kera nie..pakcikku bela dia dari kecik dulu time pegi still kena duk belakang umah..lanih dah besar p ikat kat pagar plak..nak jadikan citer..malam lepas bersihkan daging korban..maner yang ader nak kasik kat umah mentuaku..ku tumpangkan umah pakciku nie memandangkan dia ader peti sejuk beku tu..so malam tu sampai jerkk..kat depan pagar dia..en.suami berhentikan keta betul-betul depan pagar..apalagi..ku yang mmg tak perasan apa apa nie..bukak pintu terus kuar p bonet belakang nak amik daging..jenggg..jengg..terasa ader tgn menjalar pgg bahuku...arrrrrggggg terkejut beruk...kera tu pun terkejut..gak gamaknyer...dia try nak pegang bahuku..ermmmmmm..suka suka ati jerkk..melompat ler aku.terkezutttt..kezuuttttt akak...heeeeee ..layannnnnnn..gambo..


Wednesday, 26-Dec-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
My Jurney..to KB..

 
 
 
View all 5 photos...
Askm..hari nie nak update gambo-gambo sepanjang perjalanan balik dari Shah Alam ke Kb melalui Grik, heeeee,,,first time balik ikut situ..so ader le sempat amik skit gambo..sajer tuk cuci mata..heeee...jurugambo amatur yang amik gambo biasa lerkan..kan.. .takder aper yang dapat diceritakan..penat woooiiii..adeshh tak tahu kenapa..terasa tension sgt-sgt bila lalu jln situ maybe jalan yang teruk penuh lubang yang dalam-dalam..tiap kali tayar terjerlus hentam lubang dalam hati kecilku berdoa harap-harap jgn ader yang pancit atau patah rim..susahh arr ader anak kecik pastu kiri kanan hutan jerkk..actually ramai yang kereta tayar pancit ler..rosak ler...heee.kalo baca utusan hari nie ader dimuatkan..sampaika keta pemberita pun pancit...adessshh..macamana tu???..sesaper yang mengunakan jalan tu berhati-hati..k.kita tak sempat nak snap gambo duk perhatikan en suami bawak..takut kut kut dia terleka.. gambo yang ader tu yelah gambo sepanjang perjalanan yang sempat di snapp.
..so nie petikan dari Utusan:

Lebuh Raya Timur-Barat berlubang-lubang
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

GERIK 25 Dis. – Lebuh Raya Timur-Barat dari Gerik di sini ke Tanah Merah, Kelantan yang mendapat jolokan ‘laluan maut’ sememangnya berbahaya kerana terdapat banyak lubang di laluan itu sehingga menjejaskan pemanduan dan mengakibatkan tayar pancit.

Fenomena itu dikatakan turut menyumbang atau dikaitkan dengan kemalangan maut kerap berlaku di laluan tersebut yang terbaru mengorbankan enam sekeluarga maut kelmarin.

Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh di lebuh raya itu dalam tahun ini sahaja termasuk tiga anggota Rela Kelantan yang terbabit kemalangan antara sebuah dan lori di Kilometer 14.4, 5 Disember lalu.

Berikutan rungutan yang semakin banyak daripada pengguna jalan berkenaan lebih-lebih lagi ekoran berlakunya beberapa kemalangan maut melibatkan korban yang ramai di laluan tersebut, Utusan Malaysia membuat tinjuan di lokasi berkenaan hari ini.

Hasilnya, tinjauan tersebut mengesahkan mereka itu malah kenderaan wartawan sendiri berdepan masalah yang sama iaitu tayar pancit akibat terlanggar lubang.

Tinjauan itu mendapati laluan 221 kilometer sehingga ke Kota Bharu tersebut bukan sahaja berliku dan sempit malah terdapat banyak lubang yang menyebabkan pemandu sukar mengelak daripada melanggarnya.

Sepanjang tinjauan tersebut, ekoran fizikal jalan berlubang-lubang itu, Utusan Malaysia menyaksikan lima kenderaan mengalami masalah kerosakan terutama tayar pancit di laluan tersebut.

Semasa mengganti tayar baru di sebuah kedai di pekan Gerik, terdapat empat kenderaan yang mengalami masalah serupa sedang menukar tayar baru ekoran pancit terlanggar lubang di laluan sama.

Justeru, tidak hairanlah jika laluan itu banyak mengundang nahas kerana pemandu terpaksa memberi tumpuan ‘sepanjang masa’ untuk mengelak daripada terlanggar lubang.

Sedikit kecuaian atau kesilapan, pemandu akan berdepan dengan masalah tayar pancit atau rim bengkok atau patah sama sekali.

Pun begitu, risiko tersebut masih kurang bahayanya kerana yang lebih menakutkan ialah apabila kenderaan gagal dikawal dan akhirnya terbabas atau berlanggar dengan kenderaan lain.

Kemalangan berpunca terlanggar lubang boleh terjadi terutama jika pemandu terkejut lalu hilang kawalan ketika tayar kenderaan memesong ke tengah jalan ekoran hentakan pada batu jalan.

Seorang pengguna, Azhar Ahmad, 38, berkata, keadaan jalan di lebuh raya itu sehingga ke sempadan Kelantan sangat teruk.

“Semasa berhenti di Hentian Perah di lebuh raya itu saya sedar tayar depan saya sudah pancit dan terpaksa diganti baru kerana pecah di sisi,” katanya.

Ekoran itu, dia yang bersama keluarganya dari Perlis menuju Kelantan terpaksa berpatah balik ke arah pekan Gerik untuk menukar tayar baru sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan.

Seorang lagi pengguna, Hussin Hassan, 34, yang berasal dari sini mendakwa, sudah beberapa kali tayar keretanya pancit apabila melalui lebuh raya berkenaan untuk ke Tasik Banding dan Jeli.

Tegasnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) sepatutnya menampal lubang yang ada di jalan tersebut kerana ia berbahaya kepada nyawa pengguna.

“Saya sangat tak puas hati, kami bayar cukai jalan tetapi keadaan jalan teruk sangat dan tidak diselenggara dengan baik.

“Ini menambah kos kepada pengguna kerana terpaksa tukar tayar baru setiap kali melalui lebuh raya tersebut,” katanya.

Sementara itu, seorang mekanik, Kamal Hassan, 27, memberitahu, sekurang-kurangnya lima kenderaan menukar tayar di kedainya setiap hari kerana masalah tayar pancit dan rim bengkok atau patah.

Katanya, semua pelanggan mengalami masalah tersebut setelah melalui Lebuh Raya Timur-Barat di kawasan Gerik.

“Saya rasa mungkin jumlahnya lebih banyak kerana jumlah lima kereta dalam satu hari itu cuma di kedai saja sedangkan di sini ada banyak kedai tayar.

“Dua hari lalu, ada dua kereta BMW masuk ke sini sebab rim bengkok dan sebuah lagi rim pecah,” ujarnya.


Monday, 24-Dec-2007 06:18 Email | Share | | Bookmark
Kek Gula Hangus

 
 
ellloooo everbodi...semalam balik dari Kb...arrrggghhhh penat gila..first time guna jalan grik..nak lalu jalan alternatif takut plak.dah ler ader anak kecik...bertolak kul 2ptg dari shah alam..sampai Kb kul 12mlm..adessshhh penat..kepala pun ngennnggggeong.....ngennngongggg...anak plak meragam..adeshhh..time tu la nak gsk baju..time tu ler nak buat preparation tuk masak esok..takder org..maklum la..mak dah takder yang ader adik beradik jer..time nie akak turn p umah mak mertua..haaa..apalagi...ku ini la..yang kena prepared..heeeee..ngomel sat..
Kek Gula hangus nie actually buat before raya agi..terlambat update kat sini..so..ok la..layannn jer la...k..

Quote:
nini:..thanks..singgah umahku..datang agi..k..dah linkkan awaknyer FP..cantik noooo..kek kek..yang ader..


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net