Want your
own Fotopage?












 
Zuhri's FotoPage

By: Zuhri haslina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Dec-2007 06:29 Email | Share | Bookmark
Ceritaku

Isinyer..putih macam isi sengkuang
bentuknyer tu pun kiter dah amik tuk masak separuh..
still dalam acuan
bila dipotong
Ubi nie namanyer ubi badak...sedap tau..isi dia putih macam ubi sengkuang

selain tu acara menghabiskan pisang kat umah..kiter try buat agi kek pisang..resepi dari mamafami Fp...mama komen k sedap...nyaman sekali ..mohon izin nak pastekan resepinyer k..mamafami.Zuhri just buat half adunan jer

KEK PISANG LEMBAB

Bahan-bahan :

250 g mentega
2 cawan gula
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar susu cair (Mama gunakan susu segar)
3 cawan pisang dilecek
2 cawan tepung ~ diayak - tepung superfine
1 sudu kecil soda penaik - omit
1 sudu kecil serbuk penaik -omit
walnut, macadamia nut, pecan (jika mahu) -ku taruk almond jer..

Kaedah :

1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu per satu, esen vanila, susu dan garam.
3. Masukkan pisang yang telah dilecek ke dalam adunan.
4. Masukkan tepung dan kaup balikkan sehingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C/ 350 F selama 1 jam. (Mama bakar selama 45 minit)


Quote:
Rasulullah saw bersabda :

" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup

tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas "

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas
Yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.Rasulullah saw kemudiannya bersabda :"Gunakanlah Halba sebagai ubat"
Memang Halba itu baik!! mak saya amalkan masuk sedikit dalam beras masa
menanak so that kanji nye akan berkurangan (utk pesakit diabetics) dan
wangi pun iya jugak!! Petua ni didapati dari pengamal perubatan alternative
semasa mak saya berubat dulu!!

KEGUNAAN HALBA

1. Diminum sebagai teh untuk

- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu

- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh

- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu

- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno

tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh

Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.



Ida Natrah:Yer..sayapun baru gak tahu ttg khasiatnyer...padahal selalu digunakan..kann..

CMG:..mmg itewwww namanyer pokoknyer tang maner rupa tidak ku ketahui wahai CMG..heeeee..ubi nie mmg glamer u..belah pantai timur..terutama musim-musim bah..aduuuhhhhh nyaman sekali kalo makan cecah ngan kelapa parut+garam+gula sketttt

K.ida:..beli kat Kb,ader yang warna purple colornyer..nanti tgk k..kita akan uploadkan gambonyer..

satu info yg berguna ttg kegunaan halba.....kek tu pun cukup menyelerakan bila dimakan ptg Fri 28-Dec-2007 12:27
Posted by:Ida Natrah ida_natrah@yahoo.com  - [Link]
Ubi Badak?...ini lah 1st time dgr nama tu....yg "Badak" tu tak yah laaa...hahaha (mcm pakcik!!!)...pokok dia mcm mana ek?, sama cam pokok ubi biasa ke? Sat 29-Dec-2007 15:04
Posted by:Ah Mat Gebu  - [Link]
ubi badak mana dpt ubi tu ? rasanya mcm ya Sun 30-Dec-2007 07:21
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Ubi badak rumah akak ada tanam. Memang sedap isinya manissss. Ada khasiat tu, tambah lagi yang merah. Tapi yang merah tak berapa sedaplah. AminHaslina ni orang mana? Biasa org kelantan je kenal ubi badak niii atau org panggil ubi tok rok sebab isi nya besar tak larat nak bawak. Dah cantik gambar tu, dah boleh besarkan gambar ok lah tuuu. Tahniah kerana kerana dah masuk geng dalam fp ni. Teruskan Mon 31-Dec-2007 06:24
Posted by:kak jie jie  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.