Zuhri's FotoPage

By: Zuhri haslina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Jan-2008 07:15 Email | Share | Bookmark
CHEESE KEK

kek cheddar
kek cheddar
kuih cara manis
kek choc moist
cara manis
Semalam duk merayau-rayau umah kenkawan yang lain tetiba hati terlekat kat kek cheddar cheese dari cmgnyer blog..heee..bahan-bahan dah ader..so apalagi baking ler..hasilnyer..woom thumb up..resepinyer sini k:

Bahan-Bahannya:-
250 g mentega
230 g gula halus
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g setiap biji)
80 g parutan keju cheddar
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
100 ml susu segar (mat guna susu cair)
1 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya:-
1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga permukaan kertas minyak dgn mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gula hancur. Pada speed sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
3. Masukkan keju dan esen vanilla dan putar hingga semua sebati. Tuang ke dalam tin dan bakar 40 - 45 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang...


selain dari itew, ader kawan nak suh buat kek choc moist so ku buat ler..dan semalam overdose vitamin M maka buat ler skit kuih cara manis..layaaannnnnnnnnnn


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net